Catatan

Struktur Kawalan Ulangan

Imej
Ulangan yang dilaksanakan selagi syarat dipenuhi While bil = 0 while ( bil < 9 ): print ("Bilangan:" , bil) bil = bil + 1 Bilangan: 0 Bilangan: 1 Bilangan: 2 Bilangan: 3 Bilangan: 4 Bilangan: 5 Bilangan: 6 Bilangan: 7 Bilangan: 8 For for num in range (0,5): print ( "Nombor : " ,num) Nombor : 0 Nombor : 1 Nombor : 2 Nombor : 3 Nombor : 4

Struktur Kawalan Pilihan

Imej
Struktur kawalan pilihan: #if...else if syarat : #jika suatu syarat dipenuhi penyataan else: #jika syarat di atas tidak dipenuhi penyataan #elif if umur==13 : #jika suatu syarat dipenuhi print("Tingkatan 1") elif umur==14: #jika syarat di atas tidak dipenuhi, dan syarat baru diperlukan print("Tingkatan 2") elif umur==15: print("Tingkatan 3") elif umur==16: print("Tingkatan 4") elif umur==17: print("Tingkatan 5") else: print("Tingkatan 6")

Operator

Jenis-jenis operator yang terdapat dalam pyhton adalah seperti: Operator Matematik:  #Tambah print ( 10 + 2 ) #Tolak print ( 18 - 5 ) #Darab print ( 2*4 ) #Bahagi print ( 10/2 ) #Modulus (Baki daripada hasil bahagi) print ( 10%3 ) #outputnya adalah 1 #Kuasa print ( 10**2 ) #bermaksud 10 kuasa 2 #Pembahagian Bundar print ( 10 //3) #10 ÷ 3 adalah 3.3333. Jawapan dibundarkan kepada 3 Operator perbandingan: sama dengan (==) tidak sama dengan (!=) tidak sama dengan (<>) lebih besar (>) lebih kecil (<) lebih besar dan sama dengan (>=) lebih kecil dan sama dengan (<=) Operator Umpukan Operator Penerangan Contoh = Memberikan nilai sebelah kiri sama dengan hasil operasi sebelah kanan c=a+b += Memberikan nilai sebelah kiri sama dengan  nilai sebelah kiri ditambah dengan nilai sebelah kanan c += a adalah sama nilai dengan c = c + a ...

Pembolehubah

Pembolehubah (variable) berperanan untuk menyimpan nilai atau maklumat tertentu. Setiap variable perlu dinamakan bagi membolehkannya dipanggil balik apabila diperlukan. Syarat bagi nama variable adalah: Aksara pertama boleh mengandungi huruf atau garis bawah (underscore) sahaja Aksara berikutnya boleh mengandungi huruf, underscore dan angka sahaja Huruf kecil dan huruf besar adalah berbeza bagi nama variable #mengisytiharkan (declare) data kepada variable nama = "Ahmad Idham" umur = 30 nama dan umur dalam contoh di atas adalah nama variable

Jenis Data

Jenis data yang terdapat dalam pyhton adalah: string integer float boolean hexadecimal (nombor perenambelas) complex (nombor kompleks) list tuple dictionary String merupakan jenis data yang menyimpan perkataan atau ayat yang tidak boleh digunakan untuk pengiraan operasi matematik. String perlu dilengkapkan dengan pengikat kata berkembar (double-quote) atau tunggal (single-quote) Integer pula merupakan jenis data yang menyimpan nombor integer ( -2,-1,0,1,2 dan sebagainya). Nombor integer adalah nombor bukan perpuluhan. Float menyimpan data nombor perpuluhan Manakala boolean, ada jenis data yang menyimpan benar (true)  atau palsu (False) #Data jenis String print ( "Jom Belajar Python" ) print ( 'Mari belajar Pyhton') #Data jenis Integer print ( 18 ) #Data jenis Float print ( 3.145 ) #Data jenis Boolean print ( True ) #Data jenis Hexadecimal print ( 7a ) #Data jenis Complex print ( 5j ) #Data jenis List print ([ 1 , 2 , 3 , 4 , 5 ]) print ([ ...

Komen

Komen adalah suatu kod yang tidak dijalankan oleh aturcara. Komen (comment) ditanda dengan simbol hashtag (#). #Ini adalah komen #Tarikh bina 30 Apr 2018 print ( "Hello World" ) #ini juga adalah komen sebarang ayat selepas tanda # tidak akan dijalankan oleh aturcara. Maka, output bagi aturcara di atas ialah Hello World

Hello World

print adalah satu fungsi output. print ( "Hello World" ) Sintaks yang paling asas yang memaparkan ayat Hello World. Setiap nama fungsi (function) dan pembolehubah (variable) di dalam pyhton adalah case-sensitive. Ini bermaksud, anda perlu bezakan antara huruf kecil dan huruf besar. Contohnya;  variable,  nama adalah tidak sama dengan Nama